Blogger Templates

Rabu, 4 April 2012

JOM BUAT LATIHAN LAGI


klik pada  nota penjodoh bilangan dibawah untuk saiz  yang lebih besar dan jelas.

klik pada link di bawah untuk menjawab soalan....

LATIHAN PENJODOH BILANGAN

Jom buat latihan disini...klik pada link yang diberikan...terima kasih.
Selamat mencuba!

http://sktmnbersatu.net/sal/bm/l1/pb1.htm

LEMBARAN KERJA PENJODOH BILANGAN


lembaran kerja 1 WAN KHAZANAH -

VIDEO PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU TAHUN 3 :: PENJODOH BILANGAN ::

PART 1



PART 2





PART 3

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) TAHUN 3 - PENJODOH BILANGAN


RPH WAN KHAZANAH -

Isnin, 2 April 2012

APA ITU PENJODOH BILANGAN ?

Penjodoh bilangan digunakan sebelum sesuatu kata atau nama yang menunjukkan jumlah atau bilangan. Kadangkala kata bilangan disertai penjodoh bilangan seperti batang, buah, ekor, orang, dan sebagainya.



CERITA MENGENAI BLOG INI :-)

Assalamualaikum...


Berjumpa lagi kita dalam entri kali ini. Entri yang kedua ini menceritakan mengenai kandungan atau tajuk khusus yang berkaitan dengan blog ini.


Blog ini merupakan blog Pengajaran Bahasa Melayu Tahun 3. Hal demikian kerana saya merupakan guru Bahasa Melayu dan sedang mengajar murid-murid Tahun 3. Subtopik PENJODOH BILANGAN diambil dan diketengahkan secara spesifik di dalam blog ni kerana saya menganggap tajuk ini penting dan menarik untuk diajar selain adanya ciri-ciri keindahan dalam Bahasa Melayu yang perlu digunakan untuk menggelarkan sesuatu benda.


Saya mengharapkan agar isi kandungan atau bahan-bahan serta info-info yang terkandung dalam blog ini dapat emberi manfaat kepada kita semua. Disamping itu, para pengunjung blog ini diharapkan dapat memberi komen serta berkongsi bahan-bahan dan idea berkaitan tajuk ini khususnya.


Sekian, wassalam.
WAN KHAZANAH WAN IBRAHIM

PEMBUKA KATA

Alhamdulillah...syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia dan izinNya maka dapatlah saya membina blog pembelajaran ini . Blog ini adalah untuk melengkapkan tugasan bagi kursus KRT 3013  Teknologi Maklumat Sekolah Rendah di samping untuk menjadikan blog ini sebagai panduan kepada pelajar dan juga ibu bapa. Selain itu, blog ini juga menjadi platform kepada saya dalam  menyampaikan pengajaran dan pembelajaran yang juga turut melibatkan ibu bapa dan guru serta pelajar sendiri melalui komen-komen yang diberikan.


Jutaan terima kasih diucapkan kepada pensyarah bagi  kursus ini yang telah banyak membantu dalam memberi tunjuk ajar dalam tugasan atau pembinaan blog ini. Tanpa tunjuk ajar beliau tidak mungkin kerja kursus ini tidak dapat disiapkan dengan jayanya. 



Tidak lupa juga kepada kawan-kawan yang telah memberi sumbagan berbentuk idea kepada saya untuk memurnikan lagi kerja kursus ini . Segala pendapat dan tunjuk ajar rakan-rakan sememangnya amat membantu saya menyudahkan tugasan ini.Saya ucapkan ribuan terima kasih atas bantuan yang telah anda berikan secara langsung mahupun tidak langsung. 

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga kepada suami  dan anak-anak yang telah membantu dari segi sokongan moral. Sesungguhnya tanpa penglibatan daripada kalian, sudah tentu usaha saya tidak mendapat restu dan sia sia. 

Akhir kata, terima kasih kepada semua yang telah membantu untuk menjayakan kerja kursus ini.


Sekian, wassalam