Assalamualaikum...
Berjumpa lagi kita dalam entri kali ini. Entri yang kedua ini menceritakan mengenai kandungan atau tajuk khusus yang berkaitan dengan blog ini.
Blog ini merupakan blog Pengajaran Bahasa Melayu Tahun 3. Hal demikian kerana saya merupakan guru Bahasa Melayu dan sedang mengajar murid-murid Tahun 3. Subtopik PENJODOH BILANGAN diambil dan diketengahkan secara spesifik di dalam blog ni kerana saya menganggap tajuk ini penting dan menarik untuk diajar selain adanya ciri-ciri keindahan dalam Bahasa Melayu yang perlu digunakan untuk menggelarkan sesuatu benda.
Saya mengharapkan agar isi kandungan atau bahan-bahan serta info-info yang terkandung dalam blog ini dapat emberi manfaat kepada kita semua. Disamping itu, para pengunjung blog ini diharapkan dapat memberi komen serta berkongsi bahan-bahan dan idea berkaitan tajuk ini khususnya.
Sekian, wassalam.
WAN KHAZANAH WAN IBRAHIM
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan