Alhamdulillah...syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia dan izinNya maka dapatlah saya membina blog pembelajaran ini . Blog ini adalah untuk melengkapkan tugasan bagi kursus KRT 3013 Teknologi Maklumat Sekolah Rendah di samping untuk menjadikan blog ini sebagai panduan kepada pelajar dan juga ibu bapa. Selain itu, blog ini juga menjadi platform kepada saya dalam menyampaikan pengajaran dan pembelajaran yang juga turut melibatkan ibu bapa dan guru serta pelajar sendiri melalui komen-komen yang diberikan.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada pensyarah bagi kursus ini yang telah banyak membantu dalam memberi tunjuk ajar dalam tugasan atau pembinaan blog ini. Tanpa tunjuk ajar beliau tidak mungkin kerja kursus ini tidak dapat disiapkan dengan jayanya.
Tidak lupa juga kepada kawan-kawan yang telah memberi sumbagan berbentuk idea kepada saya untuk memurnikan lagi kerja kursus ini . Segala pendapat dan tunjuk ajar rakan-rakan sememangnya amat membantu saya menyudahkan tugasan ini.Saya ucapkan ribuan terima kasih atas bantuan yang telah anda berikan secara langsung mahupun tidak langsung.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga kepada suami dan anak-anak yang telah membantu dari segi sokongan moral. Sesungguhnya tanpa penglibatan daripada kalian, sudah tentu usaha saya tidak mendapat restu dan sia sia.
Akhir kata, terima kasih kepada semua yang telah membantu untuk menjayakan kerja kursus ini.
Sekian, wassalam